Wednesday, March 17, 2010

PENGALAMAN DI CAMERON HIGHLANDS

Semasa saya di Cameron Highlands saya telah melawati LADANG TEH BOH .

INI KISAHNYA

Pada tahun 1929, J.A. Russell telah memperolehi sejalur tanah yang terletak 5000 kaki di atas aras laut dan menjadikannya kebun teh tanah tinggi yang pertama di Malaysia.

Maka lahirlah BOH Plantations dan bermulalah lembaran sejarahnya.

BOH terlibat dalam semua aspek pengurusan perniagaannya,satu daripada segelintir syarikat di dunia ini yang menanam , memproses ,membungkus dan memasarkan jenama premiumnya sendiri.

BOH Plantations memiliki empat buah kebun teh dengan kawasan tanaman seluas 1200 hektar:BOH,FAIRLIE dan SUNGEI PALAS di CAMERON HIGHLANDS,dan BUKIT CHEDDING di kawasan tanah pamah.Gabungan kesemuanya mengeluarkan 4 juta kg teh setahun .Ini bersamaan 5.5 juta cawan sehari!


2 comments: