Sunday, September 15, 2013

pengalaman pertama mukhayyam di sekolah menengah

mukahayyam kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. malam pertama, kami lakukan satu aktiviti yang dipanggil 'nightwalk'.kami kena jalan secara berkumpulan ikut kumpulan masing-masing. saya kumpulan lapan dan dilantik menjadi ketua secara tidak rasmi kerana kteua yang asli tidak hadirkan diri. kami diamanahkan 3 benda iaiatu al-quran, air mineral, dan 3 batang lilin. pertama sekali kami tersesat semasa mencari jalan untuk ke checkpoint pertama. hihihi. dah jumpa checkpoint pertama, bermulalah cabaran dan dugaan. kami terjumpa seorang nenek kebayan dan 'cucunya kecilnya' yang kuat nangis sambil minta air orang (kami).dia berkata "cu, bagilah nenek air, cucu nenek haus. kalau cu bagi air nek boleh bagi api, cu ada lilin kan?".sangat menyeramkan lagi lagi dengan suara rakaman tangisan budak kecil tuh. checkpoint kedua jumpa dua orang sorang baik, sorang jahat. yang baik lari minta tolong dan yang jahat kata "aku nak bunuh kau".kitorang rilek je pastu teruskan perjalanan... seterusnya kami jumpa nenek kebayan dan cucunya yang meminta al-quran untuk membaca yasin untuk cucunya yang sedang nazak. saya rasa dekat situlah kami sesat yang paling lama dan dekat situlah cabaran yang paling mencabar sekali. ish ish ish. selepas itu, tamatlah aktiviti nightwalk kami seram + gembira + sedih. that's the end of the story. see you later.

Saturday, December 10, 2011

Pertama kali ku cuba memotong kuku

Suatu hari,ku rasa bosan kerna selama ini asyik ibuku sahaja yang memotong kuku ku.Aku pun teringin memotong kuku sendiri lalu aku meminta izin daripada ibuku.Ibuku mengizinkannya tetapi dengan syarat hanya satu jari sahaja.Aku pun segera mengambil pengetip kuku dan memotong kuku jari kelingking.Sebaik sahaja selepas memotong kuku,kuku ku terus berdarah.Aku tidak menangis tetapi aku ketawa.Ketika itu umurku baru sahaja mencecah 4 tahun.Hihihi itulah ceritanya.

Wednesday, March 17, 2010

PENGALAMAN DI CAMERON HIGHLANDS

Semasa saya di Cameron Highlands saya telah melawati LADANG TEH BOH .

INI KISAHNYA

Pada tahun 1929, J.A. Russell telah memperolehi sejalur tanah yang terletak 5000 kaki di atas aras laut dan menjadikannya kebun teh tanah tinggi yang pertama di Malaysia.

Maka lahirlah BOH Plantations dan bermulalah lembaran sejarahnya.

BOH terlibat dalam semua aspek pengurusan perniagaannya,satu daripada segelintir syarikat di dunia ini yang menanam , memproses ,membungkus dan memasarkan jenama premiumnya sendiri.

BOH Plantations memiliki empat buah kebun teh dengan kawasan tanaman seluas 1200 hektar:BOH,FAIRLIE dan SUNGEI PALAS di CAMERON HIGHLANDS,dan BUKIT CHEDDING di kawasan tanah pamah.Gabungan kesemuanya mengeluarkan 4 juta kg teh setahun .Ini bersamaan 5.5 juta cawan sehari!


Wednesday, December 30, 2009

Hari Lahir ke 9/2009

Selamat Hari Jadi untuk diri KU, ku mohon agar hidupku dalam lindungan ALLAH dan diberkahi selama-lamanya. Ya ALLAH jadikan diriku muslimah yang beriman dan dalam IHSAN MU. Terima Kasih ke atas AYAH dan IBU serta brother2 ku yang memberi hadiah yang tidak ternilai harganya. Semoga bertemu lagi di tahun2 akan datang.
Diucapkan juga Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua yang melayari blog ana. Penuhilah azam kita untuk berhijrah agar kemenjadian kepada manusia yang bertaqwa.

Tuesday, November 24, 2009

Cuti-Cuti Malaysia




Pada cuti sekolah kali ini, ana telah pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarga ana pada 23 November hingga 26 November 2009. Ana telah tidur di Hotel Capitol, KL.Tempat yang ana lawati adalah Plaza Low Yatt, Metrojaya, Plaza Isetan dan Plaza Sg. Wang. Aduhai penat sungguh ana berjalan-jalan. Sempat juga ana ambil gambar di sana.

Saturday, October 31, 2009

Final exam

Saya baru habis final exam tahun 3, 2009. Saya ingin dapat no 1 tapi saya dah dapat 1 B. Mungkin saya dapat no 3. Saya selalu dapat no 3, susah betul nak lawan Abdullah Musy'ab dan Nur Aisyah. Saya gembira kerana saya dapat 100% bagi subjek Al-Quran dan Feqah. Subjek Ahlak pula cuma lagi 2 markah nak dapat 100%. Yang sedihnya BM 1 saya dapat 78%(B). Saya teringin sangat nak jadi pengawas sekolah tapi dengan kehadiran 1B ni tak tau le boleh jadi ke tak...emm....

Belajar buat blog

Hari ini Ahad 1 Nov 2009, saya belajar buat blog bersama ayah saya. Ayah saya membantu saya membuka akaun di yahoo dahulu sebelum saya boleh buat blog saya. Emm.. paling susah nak cari password dan kod. Mula-mula saya tak boleh buka akaun sebab saya baru 9 tahun, tak cukup umur... Sebenarnya saya kena dapatkan kebenaran ibubapa dulu, baru boleh buka akaun. Akhirnya saya berjaya membuat blog saya dengan bantuan ayah, yahooooo..... alhamdulillah