Saturday, October 31, 2009
Final exam
Saya baru habis final exam tahun 3, 2009. Saya ingin dapat no 1 tapi saya dah dapat 1 B. Mungkin saya dapat no 3. Saya selalu dapat no 3, susah betul nak lawan Abdullah Musy'ab dan Nur Aisyah. Saya gembira kerana saya dapat 100% bagi subjek Al-Quran dan Feqah. Subjek Ahlak pula cuma lagi 2 markah nak dapat 100%. Yang sedihnya BM 1 saya dapat 78%(B). Saya teringin sangat nak jadi pengawas sekolah tapi dengan kehadiran 1B ni tak tau le boleh jadi ke tak...emm....
Belajar buat blog
Hari ini Ahad 1 Nov 2009, saya belajar buat blog bersama ayah saya. Ayah saya membantu saya membuka akaun di yahoo dahulu sebelum saya boleh buat blog saya. Emm.. paling susah nak cari password dan kod. Mula-mula saya tak boleh buka akaun sebab saya baru 9 tahun, tak cukup umur... Sebenarnya saya kena dapatkan kebenaran ibubapa dulu, baru boleh buka akaun. Akhirnya saya berjaya membuat blog saya dengan bantuan ayah, yahooooo..... alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)