Wednesday, December 30, 2009

Hari Lahir ke 9/2009

Selamat Hari Jadi untuk diri KU, ku mohon agar hidupku dalam lindungan ALLAH dan diberkahi selama-lamanya. Ya ALLAH jadikan diriku muslimah yang beriman dan dalam IHSAN MU. Terima Kasih ke atas AYAH dan IBU serta brother2 ku yang memberi hadiah yang tidak ternilai harganya. Semoga bertemu lagi di tahun2 akan datang.
Diucapkan juga Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua yang melayari blog ana. Penuhilah azam kita untuk berhijrah agar kemenjadian kepada manusia yang bertaqwa.

Tuesday, November 24, 2009

Cuti-Cuti Malaysia




Pada cuti sekolah kali ini, ana telah pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarga ana pada 23 November hingga 26 November 2009. Ana telah tidur di Hotel Capitol, KL.Tempat yang ana lawati adalah Plaza Low Yatt, Metrojaya, Plaza Isetan dan Plaza Sg. Wang. Aduhai penat sungguh ana berjalan-jalan. Sempat juga ana ambil gambar di sana.

Saturday, October 31, 2009

Final exam

Saya baru habis final exam tahun 3, 2009. Saya ingin dapat no 1 tapi saya dah dapat 1 B. Mungkin saya dapat no 3. Saya selalu dapat no 3, susah betul nak lawan Abdullah Musy'ab dan Nur Aisyah. Saya gembira kerana saya dapat 100% bagi subjek Al-Quran dan Feqah. Subjek Ahlak pula cuma lagi 2 markah nak dapat 100%. Yang sedihnya BM 1 saya dapat 78%(B). Saya teringin sangat nak jadi pengawas sekolah tapi dengan kehadiran 1B ni tak tau le boleh jadi ke tak...emm....

Belajar buat blog

Hari ini Ahad 1 Nov 2009, saya belajar buat blog bersama ayah saya. Ayah saya membantu saya membuka akaun di yahoo dahulu sebelum saya boleh buat blog saya. Emm.. paling susah nak cari password dan kod. Mula-mula saya tak boleh buka akaun sebab saya baru 9 tahun, tak cukup umur... Sebenarnya saya kena dapatkan kebenaran ibubapa dulu, baru boleh buka akaun. Akhirnya saya berjaya membuat blog saya dengan bantuan ayah, yahooooo..... alhamdulillah